Web2 IQ, 17 Jul (zain-ys) - Kuliah Presiden Institut al-Qayyim pada 17 Julai 2008. Antara isikandungan:
- Keutamaan solat berjamaah - Jangan mengasingkan diri ketika orang sedang solat berjamaah - Jangan mendahului imam dalam perbuatan solat - Hukum solat di rumah
Web2 IQ, 16 Jul (zain-ys) - Bukan kerana dokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebahagian orang kecewa dengan debat yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka dan disiarkan secara langsung melalui TV9. Kekecewaan ini dirasakan kerana Datuk Ahmad Shabery dilihat gagal memberi penjelasan dan mempertahankan dasar negara tentang isu minyak.
Last update : 16-07-2008 01:35
Audio ceramah khas oleh Mufti Perlis, SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin (11 Jul 08)
Web2 IQ, 12 Jul (zain-ys) - Rakaman ceramah SS Mufti Perlis berkaitan isu semasa di Dewan Besar Institut al-Qayyim pada 11 Julai 2008 sumbangan sdra Azrul (myjodoh.net). Download dan sebarkan!
Last update : 12-07-2008 17:22
Gambar-gambar Sekitar Penutup Daurah & Ceramah SS Mufti Perlis
Web2 IQ, 11 Jul (zain-ys) - Gambar-gambar sekitar majlis penutup dan penyampaian sijil oleh SS Mufti Perlis kepada wakil peserta Daurah/Kursus Ilmiah Anjuran Jab Mufti Perlis yang di adakan di Institut al-Qayyim selama 24 hari.
Selepas majlis penyampaian sijil penyertaan, SS Mufti Perlis telah menyampaikan ceramah berkisar isu-isu semasa. Dewan pengajian Ibnu Qayyim didapati penuh sesak.
Web2 IQ, 3 Jul (zain-ys) - Mufti Perlis SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan kepada Galeri Perdana RTM 1, kedudukan tarian Kuda Kepang menurut pandangan Islam. Menurutnya Islam tidak melarang tarian, namun jika tarian itu mengandungi unsur syirik dan khurafat sudah tentu ia dilarang. Selanjutnya beliau menerangkan, Kuda Kepang bukanlah semata-mata tarian tetapi di dalam mengandungi unsur-unsur pemujaan dan sebagainya. Inilah yang menyebabkan ia dilarang. (zain-ys 4 web2iq)